CARA MENANGANI STRES
DEFINISI :
Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikla, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dipenuhi. Stres juga merupakan sebahagian daripada kehidupan kita sehari-hari dan boleh mempengaruhi kita melalui pelbagai cara. Stres yang berpanjangan, keterlaluan dan tiada kemampuan daya tindak, akan membuat kita marah. Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat daripada stres. Ia adalah perasaan semula jadi yang ada pada setiap individu. Kemarahan yang tidak boleh di kawal akan memudaratkan diri dan orang lain serta ia juga boleh mempengaruhi kehidupan kanak-kanak.
CARA MENGURANGKAN STRES :
Kaedah 10B
- Bertenang
- Bernafas dengan dalam
- Berkata `rilakslah’/ tak mengapa
- Beribadat
- Bercakap dengan seseorang
- Berurut
- Berehat dan mendengar muzik
- Beriadah
- Bersenam
- Berfikiran positi
CARA MENANGANI STRES :
1. Sentiasa Mengingati Allah
Seperti yang kita ketahui Allah adalah pencipta segalanya yang ada di alam semesta ini. Oleh itu, apabila kita merasa tertekan atau stress, kita hendaklah berbalik semula kepada Allah yang Maha Esa. Hal ini kerana, dengan mengingati Allah kita akan jadi hamba yang redha dengan segala masalah yang dihadapi.
Kita hendaklah melakukan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk memohon pertolongan dari Allah dengan banyakkan berzikir dan solat bagi yang beragama Islam dan bagi yang bukan beragama Islam boleh melakukan ibadat mengikut kepercayaan masing-masing,
2. Berkongsi Masalah Dengan Seseorang.
Berbuallah dengan seseorang yang boleh dipercayai bagi menurangi stress yang dihadapi. Carilah rakan atau ahli keluarga yang kita percayai dan boleh memahami perasaan kita. Luahkan dan kongsilah masalah yang dihadapi dengan mereka, dengan ini dapat meringankan beban yang dipikul serta menjadikan kita lebih lega dan sedikit tenang.
3. Banyakkan Membaca Al-Quran.
Al_quran adalah buku atau kitab yang paling indah untuk kit abaca dan amalkan. Dengan membaca Al-Quran hati yang gusar akan menjadi lebih tenang dan terkawal. Bagi yang beragama Islam, kita memang disarankan untuk membaca kitab suci ini sekurang-kurangnya 1 mukasurat sehari. Di dalamnya terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi untuk menenangkan fikiran sekaligus mengurangkan stress yang dihadapi.
4. MELUKIS MENGGUNAKAN JARI
Ekspresikan diri anda melalui apa jua jenis seni adalah satu bentuk pembebasan. Lebih khusus lagi, lukisan menggunakan jari membolehkan anda untuk menjadi lebih kreatif tanpa apa-apa sekatan dengan harapan supaya anda dapat bereksperimen dengan cat jari dalam apa-apa cara yang anda mahu seperti kanak-kanak lakukan.
Jika tidak, gunakan krayon atau apa-apa sahaja. Lukiskan perasaan anda pada kanvas dan lihatlah hasilnya. Marah? Penat? Terbelenggu? Semuanya ada di depan mata.
5. URUTAN PADA TELINGA
Anda mungkin ketawa mendengar hal ini, tetapi mengurut telinga sebenarnya adalah cara melegakan tekanan yang sangat baik. Ini akan membebaskan endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang. Cara untuk melakukannya adlah dengan menggosok kawasan luar telinga dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit kawasan tersebut ke atas dan kemudian kawasan pada belakang telinga.
6. MENGHIDU EPAL
Walaupun berbunyi sangat pelik, menghidu epal atau mana-mana buah-buahan sitrus yang lain boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan. Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain kronik yang menghidu aroma epal hijau melaporkan bahawa kesakitan mereka berkurangan.
7. LIHAT KEINDAHAN ALAM
Kajian menunjukkan dengan melihat alam, dapat menenangkan minda. Anda boleh melihat lautan ombak, titisan hujan atau apa sahaja yang akan menyumbang kepada ketenangan minda. Lihatlah alam lebih kurang 20 minit setiap hari dan anda akan mula merasa perbezaannya.
Jika berada di hutan konkrit, lihatlah kawasan hijau di luar pejabat. Keluar sebentar untuk melihat alam semulajadi.
Bercutilah jika ada bajet, tidak perlu mahal-mahal.
RUJUKAN :
- https://siraplimau.com/cara-menghilangkan-stress-berkesan/
- https://www.alraudhah.com/langkah-mudah-untuk-menangani-stress/
- https://www.alraudhah.com/langkah-mudah-untuk-menangani-stress/
Comments
Post a Comment