CARA MENGURUSKAN MASA


Kenalpasti kekuatan & kelemahan diri anda
Masalah utama bagi pelajar apabila ingin menyusun jadual harian mereka adalah, dengan meniru ‘bulat-bulat’ jadual orang lain.Pada mereka, dengan meniru jadual ‘pelajar berjaya’ secara total, mereka dapat menjejaki kejayaan yang sama.Ini adalah kesilpan yang pertama. Manusia dilahirkan berbeza. Mempunyai kekurangan dan kelemahan masing-masing.Sebagai contoh, ada pelajar yang boleh ‘menghadap’ buku selama tiga jam berturut-turut tanpa rehat. Tetapi saya yakin ramai pelajar yang tidak mempunyai kemampuan ini.Mungkin juga ada pelajar yang hanya dapat fokus menelaah pelajaran sekadar setengah jam ke satu jam dalam masa sehari.Dan boleh jadi kualiti setengah jam tersebut jauh lebih baik berbanding 3-4 jam merenung buku tersebut, tanpa memahami dengan baik kandungannya.Oleh itu, kenal pasti dulu anda sebagai pelajar, di mana kekuatan dan kelemahan anda.
Rancang jadual tetapi utamakan priorities
Mungkin bunyinya terlalu klise, tetapi ya setiap orang perlu merancang jadual mereka sendiri!Mulakan dengan merancang jadual harian, kemudian mengikut minggu dan seterusnya mengikut bulan.Perlu diingat, jadual yang anda rancang itu tidaklah perlu terlalu ketat dan menghukum. Tujuan asal adanya jadual adalah lebih kepada untuk memantau aktiviti harian anda.Sekali lagi, yang penting apa jua urusan yang seharusnya menjadi keutamaan pada hari tersebut, anda siapkan mengikut waktu yang ditetapkan.Sebagai contoh, esok adalah hari terakhir untuk anda menghantar tugasan, jadi pada awal pagi hari ini semestinya anda akan menyelesaikan tugasan tersebut tanpa mengangguhkan ke petang hari.Walaupun dalam jadual asal petang adalah masanya untuk membuat tugasan tersebut!Setiap aktiviti atau tugasan harian mesti telah dijadualkan dan ditetapkan tempoh masa yang diperlukan.Seperti dalam sehari anda perlu belajar 3-4 jam. Tapi bukan secara terus. Mungkin 2 jam pagi dan dua jam petang.Cara paling mudah untuk menyusun jadual adalah dengan mengikut waktu solat. Cubalah, kami yakin jadual anda akan lebih teratur dan efektif.

Senaraikan tugas

Sebelum ini anda telah sediakan jadual harian anda, kini anda perlu senaraikan tugas-tugas di dalam jadual yang anda telah sediakan. Senaraikan kerja-kerja yang perlu dilakukan seteliti yang mungkin, jadikan ia sebagai senarai semak untuk tugas yang anda perlu lakukan.


Tetapkan Jangka Masa

Berikan tempoh masa untuk setiap perkara yang anda lakukan. Ini lebih mudah dilakukan jika aktiviti anda tercatat pada jadual yang telah anda sediakan. Masa yang ditetapkan adalah bergantung kepada anda sendiri, walaubagaimanpun, anda masih fleksible untuk menukar jangka masa yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian.


Kurangkan pembaziran masa

Anda perlu audit masa yang anda gunakan setiap hari. Fikirkan ke mana masa hari hari lepas anda habiskan? Menonton televisyen? Bermain game? Mungkin masa-masa yang kurang berkualiti itu boleh ditukarkan kepada masa yang lebih berkualiti seperti menghabiskan masa bersama anak-anak.


Keperluan dan Kehendak

Sepertimana anda membuat bajet untuk perbelanjaan anda, anda juga perlu buat bajet untuk masa anda. Perkara pertama yang perlu anda tentukan adalah anda perlu memilih penggunaan masa untuk keperluan atau kehendak. Bermain bersama anak di rumah adalah satu keperluan. Keluar makan bersama kawan-kawan itu kehendak. 

SUMBER:
  • http://quranicgen.com/pengurusan-masa-pelajar/
  • https://www.wikicara.org/2017/03/cara-mengurus-masa-dengan-lebih-bijak.html


Comments

Popular posts from this blog