PENGALAMAN PERTAMA BERJAUHAN DENGAN KELUARGA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALYSIA (UKM) merupakan tempat saya menyambung pelajaran saya di peringkat ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan. Saya berasal darperlis indera kayangan. Semasa saya darjah 1 hingga darjah 6 saya bersekolah di perlis iaitu Sekolah Kebangsaan Raja (P) Budriah. Saya melanjutkan pelajaran saya di peringkat sekolah menengah juga di perlis iaitu Sekolah Menangah Kebangsaan Syed Ahmad.
Setelah menamatkan pelajaran di sekolah menengah, saya bercadang untuk cuba belajar jauh dari keluarga. Kerana pada masa itu saya ingin mencari pengalaman dan suasana baru. Ketika saya mengisi upu, tiada satu pun universi dan matrik perlis dalam senarai upu saya. Tetapi malangnya semasa keputusan upu keluar,ia amat mnegecewakan saya. Saya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Uitm merbok kedah dan Matrikulasi Perlis. Saya membuat pilihan untuk menyambung pelajaran di matrikulasi perlis. Berpisah tiada dengan perlis ha.
Selesai saja pengajian di matrik, saya dengan harapan yang sama, nak juga sambung pelajaran jauh dari perlis. Saya mendapat tawaran untuk menghadiri temuduga di UKM. Gembira tak terkata masa tu. Tapi tak sepenuhnya gembira sebab takut tak lepas temuduga. "Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menetukan, Allah adalah sebaik-baik perancang". Ia memang benar. Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat sambung pelajaran di UKM. Gembira tak terkata kerana impian nak sambung belajar jauh dari keluarga tercapai. Sebab nak belajar bedikari dan cari pengalaman baru ditempat orang.
Setelah seminggu di UKM baru saya tahu macam mana perasaan kawan-kawan saya yang belajar jauh dari keluarga. "Homesick" perkataan yang tak lekang di bibir pelajar yang belajar berjauhan dengan keluarga. Baru seminggu saya dah mengalami masalah ini. Ya Allah rindu dekat keluarga rindu dekat tempat sendiri. Tempat orang dengan tempat kita memang tak sama. Rasa menyesal tak terkata ha.
Harga makanan berbeza yang teramat sangat. Perlis makanan murah. Dulu semasa belajar di matrik rm50 xhabis pun guna seminggu. Sekarang di Selangor RM100 rasa macam RM10 ja ha. Tapi ada bagusnya juga. Saya dapat belajar berjimat cermat. Selain itu saya juga dapat rasa pengalaman naik bas dan ets yang bejam-jam untuk pulang ke kampung.
Comments
Post a Comment